-reNunGan-...=D

Friday, March 30, 2007 at 3/30/2007 09:23:00 AM
"Jika memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup"

Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangi kite, hendaklah kita menjaga hatinya.... janganlah sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kita dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kita....

"Jika menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... "

Begitu juga jika kt memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kt untuk menerimanya.... akhirnya kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kt memaafkannya boleh jadi hubungan kt akan berterusan hingga ke akhirnya....

"Jika memiliki sepinggan nasi... yang pasti baik untuk diri. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan tidak boleh memakannya. pasti akan menyesal."

Begitu juga jika kt telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa kebaikan kepada diri. Menyayangi kt. Mengasihi kt. Mengapa berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. mencari kesempurnaan... Kelak, akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kt juga yang akan menyesal.....

sometimes, kt ni bersikap terlalu memilih..slalu nk yg perfect, perfect tu, perfect ni..the truth is..nobody is perfect..

0 comments

suka-suka jek... | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com