kWn Sek rEn ku..;D

Thursday, January 25, 2007 at 1/25/2007 10:07:00 AM
contact again with someone that u have not been seen for almost 12 years is one of the good thing happen in life.;D..i just happen to contact again one of my schoolmate when i was in primary school..his name is Badrul Hisham ;D...

ingatan tentang Mr. Badrul ni x byk sbb bkn rapat pun.mmg ms sekolah dulu, x rapat ngan budak2 lelaki.so x byk la memory yg ble di kongsi dgn dia nih.but there are 2 things that make me remember him..one, he used to make me fell until my knee bleed n two, he was a very shy kind of person.hahaha..he said that he is not like that anymore (shy guy) but i don't really trust him.sorry bad..in my whole life, i never met with guys that is too shy like mr. bad..tahap kepenyeganan dia ni melampaui batas2 seorang lelaki.haha..gurau jek.tp dia ni penyegan la.tp mengikut Badrul 2007, dia dh menjadi lebih normal.dia dh x pemalu seperti dulu kala.dia dh pandai bergaul dgn manusia sejagat dan lebih 'matured'..haha..ok la bad, aku caya ckp ko.huhu (nada bersimpati)..

actually, after few times chatting and talking with mr. bad thru the phone, he seems to change a lot..maybe ms dulu x penah berkwn ngan dia, so i just know that he is shy.maybe sbnrnye dia ni normal jek.huhu.dia nih sgt la byk berckp.suka mengenakn org.n kuat ingatan dia nih.jgn la ckp x tentu hala, dia ingatnye.suka berterus-terang (kata dia).haha..xmo la puji lebey2, kembang x ingt nnt.anyway, seronok dpt jumpa kengkwn lama blk.hope dpt jumpa suma kwn2 masa kat 6A12 dulu.;D..

That's all for today..selamat berkwn blk kwn lama...:).

kUey teOw maK

Tuesday, January 23, 2007 at 1/23/2007 06:57:00 AM
hi blog, today kiter happy sangat sbb mak masak kuey teow pagi tadi, one of my fav food..;D. suppose mak nk msk semalm, tp sbb ada nasi lebih mlm td, so tukar plan buat nasi goreng plak, pastu ingt nk goreng petang, mknn tengah hari byk lagi, so x mo la membazir..so x jadik lagi..huhu..pastu before tido mak suruh kejutkn kul 5.30 pg..ty la nk buat apa??mak ckp nk goreng kuey teow..hehe..seronoknye..spatutnye, tolong la mak..potong2 apa yg patut, tp x sempat sbb barang ada x kemas lg, baju x gosok..huhu..sorry mak sbb x dpt tolong..tp mak msk mmg best la..rs nak nangis bile mkn..haha..

Itu la mskn seorg ibu yg ikhlas dr hati demi nk bg anak2 mkn sebelum keluar menjalani hari yg baru dengan baik..huhu..terharu sgt.bila fikir balik, mampu ke kiter ni nk jadi ibu kepada anak2 dengan baik??hmm..byk tanggungjawab, byk dugaan. bkn senang la kesimpulannye.. mmg kena bersedia yg betul2 bersedia tu br ble jd mak..huhu..mampuke??bersedia ke aku nih??hmm...

apapun, pagi ni, ktorg suma, anak2 mak, kiter, yan, illa, muhammad n mas suma kuar dgn ati seronok n perut yg kenyang.;D..sbb dpt mkn kuey teow mak yg best..hehe..for me, xde org yg ble msk kuey teow yg lebey best dr mak...hehe..suma org pun sama, mak masing2 py masakan is the best la...

ok..that's all for today...i am really happy coz i start my day today with something that i like n someone that i really love make it...;D..thanx a lot mak for ur kuey teow!!! love u a lot!!!

SelaMat PanJaNg uMur MAK!!!

Friday, January 19, 2007 at 1/19/2007 12:31:00 AM

Epi besday to U x 2, Epi besday to MAK, Epi besday to U!!! selamat ari lahir n selamat panjang umur mak..dh separuh abad dh..hehe..U are the most beloved mom in the world..i am really thankful n greatful that U are my mom....love u so much..=D..

seKaDar RenuNgan

Friday, January 12, 2007 at 1/12/2007 07:41:00 AM
RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."

Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."

Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:-

* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.

* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.

* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

woRdS of WisDoM...

at 1/12/2007 04:55:00 AM

"If we want to change a situation, we first have to change ourselves. To change ourselves effectively, we first have to change our perceptions"

p/s: 11/01/2007...cantiknye tarikh hari ni. hope today also will be full with beautiful things to be remembered as it date...=D

CiNTa TaNPa SYaRaT

Thursday, January 11, 2007 at 1/11/2007 07:40:00 AM
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Mengapakah apabila kita merintih keampunan dari Allah, kita kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa masih kecil?

Ayah dan bonda amat mudah memaafkan. Tidak kira apa sahaja karenah anak2, mereka memaafkan seadanya. Mereka menerima kita sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima kita atas segala yang ada pada diri ini. Kita taat atau degil, rajin dan culas, senyum atau menjerit, mereka menerima seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu kita bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila telah dewasa. Kita balas atau tidak, ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

"Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...
NAMUN...

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada kita? Siapakah kita untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa disedari kita banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah kita lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

...mak abah..terima kasih sbb besarkan ktorg dengan sabar dan tabah...insyaAllah ktorg xkan hampakan mak abah...love you both so much...

...someone gave this to me through email...i find it interesting n really touching n want to share with all..thanx kak midah...I really appreciate it n hope you can send me more...

1st ReAcTioN..

Tuesday, January 09, 2007 at 1/09/2007 06:31:00 AM
1st reactions when somebody say these phrases to u ..

WHY ARE YOU ALWAYS LIKE THAT?
???

I JUST REALIZED NOW THAT I LOVE YOU.
if someone that i like: =D..is it??
if someone that i don't really like: haha..u must be dreaming...

LEAVE HIM//HER ALREADY. YOU'LL BE MUCH MORE HAPPY WITH ME.
haha...banyak la...

COME ON. SMILE. YOU'RE CUTE WHEN YOU DO.
doing nothing..n just smile

PLEASE DO MY MATH HOMEWORK TOO
ko ingat aku ni kuli batak ko ke??=D

I AM SO BLESSED TO HAVE SOMEONE LIKE YOU
just smile =) (kalu yg ckp tu org kt suka, berbunga2 la)..=D

WHY DOES MONDAY COME BEFORE TUESDAY?
cause tuesday come after monday..hehe..

I HAVE TWO TICKETS TO THE LINKIN PARK CONCERT. WANNA COME WITH ME?
x pe la...

YOU ARE ONE OF THE MOST SPECIAL PEOPLE IN MY LIFE. DID YOU KNOW THAT?
yes...u just mentioned it...hehe

I THINK IM FALLING FOR YOU
if someone that i like: blushing..haha
if someone that i don't really like: jgn nk ngarut..

I CANT SMILE WITHOUT YOU
if someone that i like: =D..is it??
if someone that i don't really like: pusing blkg jenis yg nk muntah..huhu

THANK YOU FOR EVERYTHING, BUT YOU JUST ARENT HIM//HER
if someone that i like: =(
if someone that i don't really like: excuse me...do u think that i ever like u??

NOTHING!
ok!

WHATS YOUR MOBILE NUMBER?
perlu ke???

CAN I HAVE THIS DANCE
if someone that i like: ok..though i dont know how..hehe
if someone that i don't really like: sorry...i dont like to dance...

MAY I ESCORT YOU?
if someone that i like: ok..berbunga2 senyum...=D
if someone that i don't really like: xpe la...ble blk sendiri..

DO YOU STILL LOVE HIM//HER TIL NOW?
hmm....nop..

YOU WERE EVERYTHING, EVERYTHING THAT I WANTED
if someone that i like: is it??
if someone that i don't really like: you're not that i want!!!huhu

WHEN WILL I GET UR SWEET EYES?
ermm..sorry, i only have 2 eyes...=p

grab from yanie_gedik!!!

peristiwa malam...huhu

Friday, January 05, 2007 at 1/05/2007 10:34:00 AM
malam semalam...dtg la lab...nk posekn tikus..pastu ingt ada la org kat sekitar kwsn blok kat lab nih..rupanye jenis yg xde tuh...satu biji kete pun xde..huhuhu...tp xpe.memberanikan diri gak la...ok pegi lab...dh la dtg kul 8.15...kene tunggu sampai kul 9.30 plak nk posekn tikus...xpe lagi sbb tunggu kat dlm lab...x la takut sgt sbb kunci...so buat cam biasa..buat2 berani...hehe..

9.30 pm...dlm ati "hmm..nk kene gi pose tikus...tp takut..huhu...camne nih...xpe shahida, beranikan diri, xde papenye..."..bejalan la pegi tgkt 8..dlm bejln tuh, kepala x abis2 pusing belakang, kiri, kanan...sbg lgkh berjg2...mn la tau ada pape...so ble sedia nk lari...hahaha...msk la animal room tuh, dh la xble psg lampu..takut sehh...so buat2 berani lg...amik jek tikus yg ada...ada plak sekor tikus nih buat hal...ada ke patut dia lompat kuar dr cage ke lantai..dh x pasal2 kene kejar dlm gelap2 tuh...huhuhu...mmg x guna py tikus...dh la tgh takut...huhu...nasib baik dpt tangkap...hehe...

lepas setel jek posekn, trus ttp pintu...n turun bwh..ble plak dgr bunyi pintu bukak tutup...serius mmg kecut perut...trus cal c'nie...maaf c'nie sbb ganggu tgh berkenalan dgn lebih lanjut...hehe..buat2 ckp ngan dia..x la rs takut sgt...ckp ngan dia smpi msk dlm kete..pengecut py org...hahaha..pastu br lega...

kesimpulannya disini, kalu nk dtg lab mlm2..make sure ada teman...kalu x, merbahaya...makhluk yg x nmpk satu hal...ni kalu makhluk yg nampak nih...lagi bhy...huhuhu...

EpI KnEW eAr

Monday, January 01, 2007 at 1/01/2007 04:00:00 PM
2007...cepat tul ms berlalu..dulu 2006, skrg dh 2007..huisyhh...byk lg bende nk disetelkn..mcm2 kenangan pahit n manis ms thn 2007..kenangan yg menggelikan smpi rs nk keluarkn suma bende kat dlm perut ni pun ada...huhu...

kenangan yg nk ingat 06'
...terlalu byk...kalu nk citer cam pjg sgt plak...but the sweetest memory thatI treasure the most was met with someone that i've been waiting to meet for almost 6 years...my schoolmate...hehe..mmg best even though we just met for 1 n 1/2 hour..but that was the best...i want to meet that person again...kalu diizinkan ALLAH...kalu ada jodoh.insyaALLAH...

kenangan yg x mo ingat O6'
...hmm...ada gak...tp disbbkn ianya x best nk diingatkn..so it's better to let it go with the time...

kenangan yg xmo ingat tp still dihantui 06'
...ada satu kenangan yg sgt tragis dlm idup...dulu dgr org citer jek, x pun tgk dlm tv..tetb kene kat batang idung sendiri...astagharafirullah...menakutkan, menggelikan, menjengkelkan n segala bende yg x best la...huhu...bl ingt balik mmg kelakar, kengkadang rs menyesal x sudah, kengkadang rs nk muntah...suma ada la...bercampur baur...ada yg tau psl citer nih...kalu citer balik, jenis yg naik bulu roma tuh...kengkadang tergelak giler2...haha...but act it is one of the most irritating experience i had gone through...thank god there are my family n frenz by my side to remind me...thanx...

now...2007 is here...i hope i can get through my life with lots n lots of happiness...i hope i can finish my study successfully...get a good job...ermm..there will be bad memories..no doubt...well that is life rite...we just need to know how to handle it wisely...okay 2007...here i come...hehehe...

To my beloved brother Muhammad...happy 16th besday...

suka-suka jek... | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com