seNyuM laGi....;)

Thursday, November 30, 2006 at 11/30/2006 10:37:00 AM
Hehe...arini senyum smpi telinga lg...hehe...

Someone that I waited for a long time, call me today..act 'someone' tried to call me yesterday, but I didn't pick up the phone..and today, 'someone' call me again..haha..sorry guys, you will be hearing from me about this things a lot..huhu..:)...

I will be smiling, smiling n smiling the whole day.....;)...maybe not just today, but few days perhaps....huhuhu....:)

duGaaN...

Wednesday, November 29, 2006 at 11/29/2006 05:12:00 AM
huhu...test arini x menjadi, sedey...spatutnye x turun, tp ni jenis yg turun x ingat py..huhu...why??

xpe shahida..teruskn usaha...:)..HUAITIN!!!

cOnfEsSioN.....

Monday, November 27, 2006 at 11/27/2006 07:59:00 PM
'Confession' isu hangat arini yg diperbincangkn bebudak lab 6 n 7 fakulti farmasi uitm shah alam...hehe...

Usually kt dengar guys jek yg confess if they like someone, but isu arini, gals plak yg confess diorg suka kat seseorg...jarang2 kt dengar...ada tp x ramai yg berani...huhu...bkn senang gal nk buat confession nih...hy yg tabah je yg ble buat (Yanie py ayat) hehe...

Tp kengkadang, teringin gak nk 'confess' kat org yg kt suka...nk tgk reaksi si dia camne...hehe...kalu suka gak...alhamdulillah...kalu x, xpe la...kurang2 dh lepaskn beban suka kat org tu...malu tu mmg malu, tp bl lg nk ada pengalaman camtu kn?? jumpa malu la...bl x jumpa, x la malu...hehehe...

Ada yg ckp, confess jek...ada yg ckp kwn dulu, kenal dulu, br ckp...mcm2 opinion...tp yg pentingnye org yg nk confess tu, brani atau x, sedia or blum...Bak org tua2 slalu ckp 'nk seribu daya, x nk seribu dalih'.....

Anyway, for gals yg nk buat confession tuh....GOOD LUCK!! HUAITIN!!...malu pun sekali jek...hehe...:)...

sMiLe....:)

Thursday, November 23, 2006 at 11/23/2006 02:32:00 PM
Harini...seronok sangat....'senyum sampai ke telinga' org ckp..mn x nye...a good thing happen to me today....most of my frenz tau dh kalu tulis camni...hehe...yg tau tu senyap2 je la...what can i do is just SMILE n SMILE n SMILE.....hehehe...

Hmmm......:)

Wednesday, November 22, 2006 at 11/22/2006 04:57:00 AM
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

BbQ niTe

Tuesday, November 21, 2006 at 11/21/2006 10:30:00 PM




Punye la ssh nk laksanakan rancangan buat BBQ nih...masing2 ada hal....alhamdulillah akhirnye berjaya...hehe...sgt seronok. thanks kak nana sbb bg pinjam umah..kalu x smpi thn depan pun belum tentu....huhu...



Ni org2 yg tau tangkap gmbr jek...buat keje so so jek...hehe...


hope thn depan kt ble buat skali lg...but this time kt buat kat luar...lg meriah...insya Allah....

LuasNye NerAka...pErinGatAn kPd SemUe

Monday, November 20, 2006 at 11/20/2006 05:16:00 PM

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu

YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu

YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN......:

Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.

"Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

"Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?

"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.

"Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

KasIH iTu AnuGeraH

Saturday, November 18, 2006 at 11/18/2006 12:06:00 PM

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur?Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatapwajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah,betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih...mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita,anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asalkan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.Sekarang, beralihlah.

Lihatlah ibu anda.Kulitnya mulai keriput dan jemari yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita, yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya... ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang.

Suami... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir... dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan, yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar.Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri yang masih setia, namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji.Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat... semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan... untukkebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan...Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya... Renungkan...Kasih sayang adalahrahmat Allah... Apabila kita merasakannya bermakna hidup kita sentiasa dirahmati... Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu... bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya...

LOVE U GUYS SO MUCH........

CoNgrAtuLatiOn Abg ZaFFar

Friday, November 17, 2006 at 11/17/2006 02:51:00 PM



Tahniah zaffar.....

They are my beloved mom n brother....ni ms my little bro amik keputusan UPSR...alhamdulillah dia dpt 5A... dia mintak hanphone if dia dpt penuh...selamat la duit aku....huhuhu...but promise is a promise...nk x nk kene beli gak..anything for you dear....

Raya

Monday, November 06, 2006 at 11/06/2006 05:07:00 AM




me, yanie n hazrina


Thanks korang sbb dtg.....

Next year and years after that, korang dijempt lg......

suka-suka jek... | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com