Kasih ibu....

Wednesday, February 04, 2009 at 2/04/2009 01:06:00 AM
betapa kasih seorg ibu terhadap anak2nye...
bak pepatah "seorang ibu boleh menjaga 10 org anak.tp 10 org anak ssh menjg seorg ibu"...
semoga crita dibwh ble menginsafkan setiap anak..
(p/s: serius touching giler...)

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu , "takpayah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya".

Aku biarkan sahajawalau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakanhari rayabersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng,nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati. "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas akutanya
'mak nak apa..nak ambilkan.'. ' takpa nak rasa ni sikit'.
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ad aibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semu akenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABB Engkau peliharalah Ibu,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN

oK...u can SUBMIT!!!!

Monday, February 02, 2009 at 2/02/2009 10:55:00 PM
alhamdulillah.
setelah hampir 5 bln akhirnya nk submit thesis yg sepatutnye lama da hantar..
disbbkan bbp kerumitan yg akhirnye dpt diatasi and suma pihak setuju yg tesis nih ble di buat hardcover.so dalam minggu ni akan cuba hantar ke IPSIS..
maknenye kene blk KL la..hehe...
syukur sgt2.amin...
jika xde halangan..insyaAllah konvo bln mei nih akan naik sama2 ngan midah n c'nie..
memandangkan hazrina da naik lebey awal.so kami bertiga je la...
semoga semuanye berjalan dengan lancar...amin..

HaDiAh...

at 2/02/2009 10:41:00 PM
Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG - Tanda mesra
RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI - Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT - semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN - mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN - tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE - tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!......aku Kan cari mu walau

dimanapun...melainkan kalau handphone tu ditutup...

*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG - tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!!!!

...So da ada idea nk bagi apa...:)

suka-suka jek... | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com